Saturday, November 22, 2008

Tentang Islam..

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelakikemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?

Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?

Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan- Nya."

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang.

Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.


(Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s: Semoga setiap apa yang kita lakukan akan mendapat rahmat dari-Nya..Jika hari semalam tidak seindah yang kita harapkan, yakinlah yang Allah telah menetapkan bahawa itulah yang terbaik untuk kita..Pedomannya, janganlah kita sesekali berputus asa untuk mencari hidayah-Nya..Sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui akan ketetapan yang kita rencanakan...Wallahua'lam

Saturday, November 8, 2008

UMMI....

Lately I'm buzy with the clinical life.. sorry for not updating for so long..today i would like to share a video about "ummi"...

p/s: homesick syndrome...miss my mum!


Mom, you're a wonderful mother
So gentle, yet so strong
The many ways you show you care
Always make me feel I belong
You're patient when I'm foolish
You give guidance when I ask
It seems you can do most anything
You're the master of every task
You're a dependable source of comfort
You're my cushion when I fall
You help in times of trouble
You support me whenever I call
I love you more than I can express
You have my total respect
I love u Mom...

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Turby The Turtle Virtual Pet